Sabtu, 9 Jun 2018

Isnin, 26 Januari 2015

https://plus.google.com/u/0/105910790288116014593/posts

E-tech Cafe Kolej Komuiti Sik


e-Tech Café Kolej Komuniti Sik

Ahad, 25 Januari 2015

Pengenalan E-tech Kolej Komuniti Sik

Unit Keusahawanan (E-Tech Center)

Pusat pembangunan Usahawan Kolej Komuniti Sik (eTech Centre) ditubuhkan sejajar dengan Pelan Pengukuhan Keusahawan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Penubuhan eTech Centre adalah bertujuan  untuk mempersiapkan para pelajar kolej komuniti dan masyarakat setempat dalam usaha membudayakan keusahawanan.
JPKK telah merangka Pelan Strategik Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti, berdasarkan 6 teras Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT bagi  mencapai matlamat di atas, iaitu:
1. Menubuhkan Pusat Keusahawanan di JPKK dan di Kolej Komuniti
2. Menyediakan Pendidikan dan Program Keusahawanan yang Terancang dan Holistik;
3. Memantapkan Program Pembangunan dan Pengukuhan Keusahawanan;
4. Mewujudkan Mekanisme Pengukuran yang Berkesan;
5. Menyediakan Persekitaran dan Ekosistem yang Kondusif bagi Pembangunan Keusahawanan; dan
6. Mengukuhkan Kompetensi Penyelaras Keusahawanan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Noordin menekankan perkara tersebut melalui Amanat Tahun Baharu beliau bagi tahun 2012;
 “Keusahawanan sosial ialah satu kaedah kreatif untuk melihat dan menyelesaikan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Ia menggabungkan aktiviti mengenal pasti masalah, membangunkan idea penyelesaian dan menyebarluaskannya dalam kalangan masyarakat untuk mengatasi cabaran semasa”.
VISI

“Mengenalpasti peluang dan ruang, berfikiran inovatif dan juga  kreatif “
MISI
“Menjadi perintis dalam kejayaan pembangunan serta pembudayaan keusahawanan “

Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) memberi tumpuan dalam usaha mewujudkan pelajar Kolej Komuniti dan masyarakat setempat yang memiliki ciri dan kompetensi keusahawanan, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi selari dengan Dasar Pembangunan Keusahawanan, Institusi Pengajian Tinggi. Matlamat utama pelan ini ialah untuk:
Menyediakan garispanduan dalam melaksanakan program-program keusahawanan di Kolej Komuniti bagi tujuan untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat di atas, JPKK telah merangka Pelan Strategik Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti, berdasarkan 6 teras Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT iaitu:

1. Menubuhkan Pusat Keusahawanan di JPKK dan di Kolej Komuniti
2. Menyediakan Pendidikan dan Program Keusahawanan yang Terancang dan Holistik;
3. Memantapkan Program Pembangunan dan Pengukuhan Keusahawanan;
4. Mewujudkan Mekanisme Pengukuran yang Berkesan;
5. Menyediakan Persekitaran dan Ekosistem yang Kondusif bagi Pembangunan Keusahawanan; dan
6. Mengukuhkan Kompetensi Penyelaras Keusahawanan.

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Kolej Komuniti Sik